KANGAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Harapan Kasih menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar yang dipilih sebagai anak angkat PTPTN di bawah Skim Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Program Harapan Kasih berkonsepkan ziarah dan ramah mesra ini bertujuan memberi motivasi, pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam mengubah kehidupan diri serta keluarga.
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, PTPTN mengadakan pelbagai program kemasyarakatan bagi meringankan beban dan membolehkan masyarakat terus mendapat bantuan sewajarnya dalam usaha meningkatkan akses pendidikan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.
"Pada hari ini, tumpuan kami adalah untuk memastikan pelajar kategori asnaf dapat meneruskan pengajian mereka dengan bantuan sumbangan daripada PTPTN.
"Diharapkan melalui program ini, masalah keciciran persekolahan akibat kemiskinan dapat dikurangkan melalui akses pendidikan yang sama rata," katanya.
Sebelum itu, Ahmad Dasuki menyempurnakan penyerahan sumbangan di kediaman Anis Nur Fatihah Ahmad Syahid,16, di Kampung Gial, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor; Pengarah Kanan YPM, Zainal Rashid Zakaria dan Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Arau, Mohd Zamzuri Md Noor.
Ahmad Dasuki menambah, PTPTN menyambut baik kerjasama dijalinkan bersama YPM dan MAIPs bagi menjayakan program itu.
Menurutnya, PTPTN turut mengalu-alukan dan proaktif menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengadakan program-program CSR untuk memastikan bantuan diberikan adalah merangkumi pelbagai golongan sasar.
Anis terpilih menerima penajaan elaun persekolahan secara bulanan sebanyak RM100 selama lima tahun melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000, sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime secara one-off berjumlah RM200, peranti dan bakul makanan.
Sementara itu, Anis yang merupakan pelajar MRSM Arau berkongsi rasa syukurnya dan penghargaan apabila dipilih sebagai anak angkat di bawah skim tersebut.
Menurutnya yang bercita-cita menjadi doktor pakar jantung, dia berpandangan bantuan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi semangat untuk mencapai impian, sekaligus mengurangkan beban ibu bapanya.
Ibunya, Nur Juariah Jamaluddin, 41, berkata, dia hanyalah suri rumah,manakala suaminya,Ahmad Syahid Abdullah, 41, bekerja kampung dengan pendapatan tidak sampai RM1,500.
Disebabkan itu, dia sekeluarga amat gembira dan bertuah,sekaligus berterima kasih kepada PTPTN dan YPM atas pemilihan anak perempuannya sebagai anak angkat tersebut.
Untuk rekod, PTPTN memberi penajaan elaun persekolahan dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime secara one-off kepada 50 anak angkat terpilih dalam kategori asnaf selama lima tahun dari tahun 2022 hingga 2028.
Penajaan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM370,000 melalui zakat PTPTN di MAIPs.