KUCHING - Keadaan banjir di daerah Saratok, yang kini memasuki hari kelima menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak masih beroperasi dan menempatkan seramai 91 mangsa banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.