Sistem MySIKAP JPJ alami gangguan, operasi kaunter sehingga 7 malam ini

Iklan
Semua perkhidmatan kaunter di semua negeri akan dilanjutkan sehingga 7 malam ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Perkhidmatan Sistem MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami gangguan hari ini, mengakibatkan semua urus niaga perkhidmatan kaunter JPJ tergendala di seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam satu kenyataan berkata, bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua negeri akan dilanjutkan sehingga 7 malam ini.

Iklan
Iklan

"Pihak JPJ telah melaksanakan tindakan serta-merta dan penambahbaikan sistem untuk kembali pulih dalam kadar segera,” katanya.

Beliau berkata JPJ memohon maaf atas gangguan perkhidmatan sistem berkenaan dan segala kesulitan amat dikesali. - Bernama

Iklan

Iklan