Elak bertindak, keluar kenyataan jejas hubungan antara kaum - Aaron
Iklan
Aaron
PUTRAJAYA - Setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu mengelak melakukan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Aaron berkata, tanggungjawab sebenar rakyat adalah memelihara sensitiviti demi memastikan keamanan serta kesejahteraan Malaysia kekal terjamin.
Iklan
Iklan
"Sebarang tindakan atau ucapan yang melanggar prinsip harus dihentikan segera demi menjaga keamanan yang telah lama kita nikmati.
Aaron berkata demikian sebagai mengulas insiden simbah cat merah di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) yang dikaitkan dengan isu penjualan produk sandwic ‘ham dan cheese’ baru-baru ini.
Iklan
Beliau memohon semua pihak tidak mengeruhkan keadaan dan memberi ruang kepada proses siasatan yang dijalankan polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Pada 13 Januari lepas, Jakim dalam kenyataan media mengesahkan produk 'ham dan cheese' yang dijual dalam premis di universiti awam itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.
Iklan
Dalam pada itu, UM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius kejadian simbahan cat itu dan telah membuat satu laporan polis untuk tindakan lanjut.
"UM komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan. UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.
"UM juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu untuk tampil bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan berkenaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>