WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai AS$500 bilion (RM2.2 triliun) dengan sokongan OpenAI, SoftBank dan Oracle bagi memperkukuh infrastruktur AI serta mewujudkan peluang pekerjaan di negara itu.
Inisiatif yang dinamakan Stargate itu akan menyaksikan ketiga-tiga gergasi teknologi berkenaan membentuk usaha sama untuk membangunkan infrastruktur AI, dengan Trump menyifatkannya sebagai pelaburan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam inovasi Amerika, lapor Agensi Anadolu (AA).