PASIR MAS - Seorang lelaki dipercayai tekong dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas menyorokkan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam rumahnya di Kampung Chenerai, Alor Pasir di sini pada Isnin.
Dalam serbuan jam 5.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit ditahan bersama dua lelaki, empat wanita dan selebihnya kanak-kanak warganegara Myanmar.