Isu jawatan pengerusi PH negeri tak ganggu kerjasama hadapi PRN - PKR Sabah

Iklan
Datuk Mustapha Sakmud

IPOH - PKR Sabah yakin isu jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak akan menjejaskan semangat dan kerjasama gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun ini.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, isu berkenaan adalah bersifat teknikal dan keputusan mengenai jawatan tersebut perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH, yang merupakan jawatankuasa tertinggi gabungan itu dan dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah, serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Iklan
Iklan

"Setakat ini, belum ada sebarang kata putus Majlis Presiden berhubung hal yang berlaku. Kita sebagai pimpinan di peringkat negeri akan akur dengan segala keputusan,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi lawatan kerja di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini pada Selasa.

Pada Disember lepas, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah bagi penggal 2024 hingga 2026.

Iklan

Bagaimanapun, pada 12 Januari lepas, media melaporkan PKR Sabah tetap mahukan jawatan Pengerusi PH yang kini disandang oleh Ewon, supaya jawatan tersebut kekal disandang oleh parti berkenaan seperti sebelum ini. - Bernama

Iklan