Kedai serbaneka disimbah cat merah

Iklan
Kedai serbaneka di sebuah universiti di Kuala Lumpur disimbah cat merah dalam kejadian pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini disimbah cat merah dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, makluman kejadian diterima pihaknya berdasarkan laporan yang dibuat pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam apabila pengadu yang merupakan anggota polis bantuan universiti berkenaan dimaklumkan pekerja kedai serbaneka itu.

"Semakan awal mendapati terdapat kesan cat berwarna merah di bahagian hadapan pintu kedai terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan