Lelaki Thailand bawa anak singa bersiar diburu polis

Iklan
Video seekor anak singa yang dibawa bersiar-siar dalam kereta tular di media sosial di Thailand. - Foto: Agensi

BANGKOK - Seorang lelaki diburu polis Thailand selepas video dia membawa seekor anak singa bersiar-siar dalam kereta, tular baru-baru ini.

Lelaki itu bakal disiasat oleh Jabatan Taman Negara kerana membawa haiwan liar tanpa kebenaran dan dianggap melakukan kesalahan serius kerana akan membahayakan orang awam.

Iklan
Iklan

Malah, jika disabitkan kesalahan, lelaki itu bakal berdepan hukuman penjara setahun atau denda 100,000 baht (RM13,103).

Kes tersebut tular di media sosial menyaksikan anak singa itu bergerak bebas di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta yang dipandu lelaki tersebut.

Iklan

Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan, Atthaphon Charoenchansa berkata, haiwan liar seperti anak singa dan harimau sering mendapat perhatian dalam kalangan netizen jika dilihat muncul di tempat awam.

Namun jelasnya, penjaga haiwan tersebut perlu berwaspada dan mengetahui cara untuk menanganinya jika berlaku kejadian yang tidak dingini. - Agensi

Iklan