TERENGGANU FC (TFC) telah melupakan episod kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Jumaat lalu menjelang kunjungan PSM Makassar bagi saingan Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sebaliknya, pengendali skuad Penyu Badrul Afzan Razali berkata, pasukan pantai timur yang berpengkalan di Kuala Nerus sedang giat membuat persiapan rapi untuk berdepan kelab Indonesia bagi meraih keputusan positif di Gong Badak pada Rabu.