NEW YORK - Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin melaporkan bahawa 92 peratus rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, sementara 90 peratus penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
"Pengumuman gencatan senjata memberi harapan, tetapi cabaran yang menanti amat besar,” lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) memetik Perwakilan WHO di Palestin, Rick Peeperkorn.