Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Iklan
Iklan

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru,Miri dan Marudi).

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama