Hari Wilayah Persekutuan ke-51, 72,000 bendera diedar

Iklan
Dr Zaliha (lima dari kiri) pada Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72,000 bendera Wilayah Persekutuan akan diedarkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-51 pada 1 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata, tema ‘Wilayah Persekutuan Kita’ diangkat pada sambutan kali ini sebagai menzahirkan semangat Wilayah Persekutuan milik bersama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai cabaran dan kejayaan ditempa sepanjang 51 tahun penubuhan dan menyeru untuk terus memainkan peranan memajukan Wilayah Persekutuan.

"Ketiga-tiga wilayah membawa nilai dan identiti unik, Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa.

Iklan

"Justeru pemilihan tema kali ini menyeru semua pihak untuk memainkan peranan dalam menjaga dan memajukan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan demi kesejahteraan bersama," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada Ahad, beliau melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan pada Majlis Pelancaran Kempen Bersih Setiap Tempat (BeST).

Iklan

Dr Zaliha berkata, sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan dimeriahkan dengan lebih 60 program menarik sepanjang Februari.

Beliau mengajak warga Wilayah untuk turut serta menyertai pelbagai aktiviti telah dirancang, agar sambutan itu lebih bermakna buat semua.