Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Belgium dan Luxembourg, bersempena lawatan kerja ke Belgium di sini pada Isnin. Foto Bernama
BRUSSELS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Majlis yang diadakan sempena lawatan dua hari beliau ke Belgium yang bermula Ahad, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Iklan
Iklan
Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Presiden Persatuan Malaysia di Belgium Sarala Shambulingam.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Iklan
Mohd Khalid Abbasi dalam ucapannya pada majlis itu berkata terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia bekerja atau belajar di Belgium.
"Satu nama popular yang tidak dapat hadir ialah pemain bola sepak Luqman Hakim Shamsudin yang mempunyai perlawanan malam ini,” katanya.
Iklan
Luqman Hakim mencipta sejarah bola sepak negara apabila menandatangani kontrak dengan kelab Belgium KV Kortrijk. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>