KUALA LUMPUR - Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS berkenaan dibuka di Dewan Rumah Dayak Saratok, bagi menempatkan 39 mangsa banjir melibatkan 15 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok.