ISTANBUL - Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa"harapan yang amat diperlukan" ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Gencatan senjata di Gaza membawa harapan yang amat diperlukan, menawarkan peluang untuk menyatukan semula keluarga dan mula membina semula kehidupan yang hancur,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope di X.