MOSCOW - Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah tiba di Washington, di mana majlis pelantikannya akan diadakan pada 20 Januari, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik CBS News.
Pesawat Trump mendarat di Lapangan Terbang Dulles pada Sabtu malam, kata CBS News. Trump bersama isterinya, Melania dan anak mereka Barron kemudian menuju ke National Golf Club milik pemimpin itu di Sterling, Virginia untuk makan malam sempena kemenangannya dalam pilihan raya dan pertunjukan bunga api.