Gencatan senjata Gaza bermula selepas tiga jam tertangguh

Iklan
Penduduk Gaza berkongsi manisan selepas mereka kembali di Rafah, selatan Gaza. Foto AFP

GENTING GAZA - Gencatan senjata yang dinantikan penduduk Gaza akhirnya berkuat kuasa pada jam 11.15 pagi (waktu tempatan), kira-kira tiga jam selepas ia ditangguhkan pada Ahad setelah Israel cuba melengahkan proses tersebut.

Kira-kira sejam sebelum tempoh bertenang itu bermula, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberitahu ia hanya akan dilaksanakan selepas Hamas memberikan senarai nama tawanan yang akan dibebaskan.

Iklan
Iklan

Sebagai respons, Hamas berkata, mereka masih 'berpegang kepada janji' dan kelewatan pemberian senarai nama itu berpunca daripada sebab teknikal.

"Kerumitan ditimbulkan Zionis menerusi kempen pengeboman yang berterusan di Gaza telah menyebabkan penangguhan proses senarai nama itu,” ujar jurucakap Hamas.

Iklan

Pada Sabtu, Netanyahu dengan angkuh menyatakan Tel Aviv mempunyai sokongan kuat Amerika Syarikat (AS) untuk kembali berperang jika terdapat keperluan mendesak.

"Fasa pertama selama 42 hari itu hanyalah gencatan senjata sementara. Kami tidak teragak-agak akan lancarkan perang lebih ganas. Israel telah mengubah situasi di Asia Barat,” menurut ugutannya.

Iklan

Sejak sebelum tempoh bertenang itu bermula, ribuan penduduk Palestin bertindak meninggalkan Bandar Gaza dan menuju ke kampung halaman masing-masing selepas lebih 15 bulan terpaksa berpindah-randah tanpa arah tuju.

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan kira-kira 4,000 trak bantuan kemanusiaan bersedia untuk memasuki Gaza. - Agensi