Malaysia berpotensi jana pelaburan RM11 bilion, eksport RM500 juta ke UK

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan pemain industri dan pelabur institusi pada hari ketiga lawatan kerja beliau ke United Kingdom baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia berpotensi untuk menjana pelaburan bernilai RM11 billion manakala eksport sebanyak RM500 juta ke United Kingdom (UK) hasil daripada lawatan kerja lima hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UK yang berakhir Sabtu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, potensi pelaburan yang diraih itu melibatkan sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan petrokimia.

Iklan
Iklan

"Selain itu, potensi eksport yang dijana adalah bagi produk peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman," katanya dalam ciapan di laman X pada Ahad.

Beliau merupakan antara menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri ke UK.

Iklan

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, bagi tempoh sehingga November 2024, jumlah dagangan Malaysia-UK bernilai RM15.3 bilion, eksport bernilai RM7.83 bilion manakala import mencecah RM7.47 bilion.

Dari segi prestasi pelaburan, katanya, setakat September 2024, sebanyak 486 projek pembuatan oleh syarikat UK telah dilaksanakan yang melibatkan pelaburan RM12.49 bilion dan menjana sebanyak 41,630 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Iklan

UK merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia di Eropah. - Bernama