Bayi perempuan ditemukan dalam beg plastik di hadapan rumah

Iklan
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada pagi Ahad. Gambar hiasan

KANGAR - Seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelikat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat pada 8.35 pagi melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa menemukan bayi itu di hadapan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Keadaan bayi sihat, dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Bayi berkenaan dibawa untuk rawatan dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Yusharifuddin berkata, polis menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. - Bernama

Iklan
Iklan