KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 8.30 pagi, ia dijangka membabitkan kawasan di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song dan Kapit.