Letupan tangki minyak di Nigeria: Angka kematian meningkat kepada 70

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung letupan tangki minyak di Nigeria.

LAGOS - Susulan angka kematian akibat letupan tangki minyak yang dahsyat di Nigeria meningkat kepada 70, Gabenor Mohammed Umar Bago mengumumkan larangan ke atas kenderaan berat daripada menggunakan Jambatan Dikko, lokasi tragedi itu.

Gabenor mengumumkan langkah itu pada Sabtu ketika melawat lokasi kejadian, dengan alasan kebimbangan keselamatan berikutan angka kematian yang terus meningkat, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Beliau juga mengarahkan doktor di hospital-hospital kerajaan untuk ditugaskan semula bagi membantu merawat mangsa di Hospital Besar Suleja.

Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam berkata bahawa banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, angka kematian mencecah 70,” katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa operasi menyelamat masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi lain. - Bernama-AA