'Kecewa jawatan presiden tiada pencabar'
Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.
RAMAI peminat bola sepak yang mungkin kecewa apabila jawatan tertinggi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti presiden dan timbalan presiden yang tidak dicabar dan telah menang tanpa bertanding.
Pemerhati bola sepak negara, Azlan Johar berkata, keadaan itu memperlihatkan persaingan sihat tidak berlaku dengan ramai yang mengharapkan muka baharu dapat menerajui badan induk bola sepak negara itu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, beliau menegaskan situasi itu tidak seharusnya dipersalahkan kepada sesiapa apatah lagi tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri bertanding.
"Sudah tentu ramai yang mahu melihat muka-muka baharu terutama jawatan teratas dalam FAM kerana rata-rata yang bertanding itu adalah muka lama selain ada beberapa perkara terpalit dengan mereka ketika penggal lalu.
Iklan
"Saya rasa ada ramai yang berminat untuk tawarkan diri menjadi presiden. Tetapi, ada sebab lain menyebabkan mereka tidak mahu terlibat dengan FAM.
"Mungkin mereka rasa adakah mereka diberikan sepenuh kebebasan untuk menerajui persatuan apabila menjadi presiden, tetapi mereka dari awal tidak rasa sebegitu menyebabkan mereka tidak bertanding,” katanya kepada Sukan Sinar.
Iklan
Sebelum ini, FAM mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada pemilihan yang akan Kongres FAM Ke-61 pada 15 Februari depan.
Senarai itu menyaksikan Naib Presiden FAM, Datuk Joehari Mohd Ayob menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM.
Selain itu, jawatan Timbalan Presiden FAM juga tidak dicabar dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta Datuk S Sivasundaram akan mengekalkan kerusi tersebut.
Dalam pada itu, Azlan mengharapkan Joehari dapat memastikan ada perubahan dapat dilakukan selepas beliau memulakan tugas sebagai presiden FAM.
"Saya harap beliau dapat menjadi presiden yang lebih telus, berani serta bijak menangani isu dan berani buat keputusan.
"Beliau perlu menunjukkan bahawa di bawah kepimpinannya, lebih bebas dan tiada siapa yang mampu mengganggu keputusan yang mahu dibuat oleh FAM,” katanya.
Sementara itu, Azlan turut mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang bertanding selain mengharapkan peluang diberikan kepada Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk PS Sugumaran yang turut bertanding dalam jawatan jawatan exco FAM.
"Saya amat mengenali Datuk Sugumaran ini kerana beliau banyak melakukan pembangunan dalam bola sepak Selangor. Sebab itu kita dapat lihat ramai pemain muda Selangor mula bermain dalam pasukan senior hasil kerja kuat beliau.
"Beri peluang kepadanya kerana beliau memang boleh buat kerja. Jika beliau menang, ia satu kebaikan untuk FAM juga,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>