Dikata tiru karya seberang, ini jawapan jurugambar 'kampung boy'
Iklan
SHAH ALAM - Jurugambar kepada watak 'kampung boy' Abdullah Deen Mohd Zain,44, menafikan bahawa karya fotonya itu mendapat inspirasi daripada karya seorang jurugambar dari Indonesia.
Kenyataan beliau itu menjawab kepada dakwaan seorang netizen yang bernama Uthman Daud yang mendakwa bahawa kononya hasil karya Abdullah mendapat inspirasi dari jurugambar terkenal negara seberang yang bernama Herman Damar.
Iklan
Iklan
"Terima Kasih kepada En Uthman Daud atas paparan tuan berkaitan saya, cuma secara jujur saya tak kenal individu bernama Herman Damar yang dimaksudkan, apatah lagi saya nak jadikan karyanya sebagai inspirasi saya," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya Dallah Dean Photography.
Karya Abdullah mengenai kisah seorang kanak-kanak lelaki, Syukor Khamis, 14, bersama kerbau-kerbaunya menarik perhatian ramai.
Iklan
Gambar yang diambilnya itu berjaya memenangi beberapa anugerah foto terbaik Asia.
Katanya lagi,"Saiful Nang saya tahu namanya namun tak pernah juga berkenalan atau mengikuti kelas anjuran beliau,".
Iklan
Katanya, setakat hari ni beliau tiada seorang guru pun dari Indonesia.
"Apapun terima kasih buat En Uthman Daud atas posting ini, cuma di masa hadapan pastikan maklumat tuan tepat atau sipi-sipi sebelum dimuatnaik, maafkan saya jika karya saya mengganggu emosi sesiapa, saya adalah saya," katanya.
Uthman Daud sebelum itu dalam 'postingnya' mendakwa kononya gaya pengambilan gambar 'kampung boy' yang diambil oleh Dallah Dean Photography sebenarnya inspirasi dari seorang jurugambar yang terkenal dari Indonesia yang bernama Herman Damar.
"Saya sangat meminati hasil seni beliau masa dulu.
"Kira-kira 10 tahun lepas, Saiful Nang membawa beliau ke Malaysia untuk buat bengkel fotografi dengan 'shoot' gaya kampung, dan jurugambar di Malaysia rata-ratanya anak didik beliau. Gaya shoot ini digelar Darma Shoot," tulisnya.
[ARTIKEL BERKAITAN:'Syukor anugerah ALLAH SWT']
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>