Bidoglio puas hati aksi pemain JDT
Iklan
Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi menjaringkan dua gol pada aksi separuh akhir pertama berdepan TFC. Foto FB Johor Southern Tigers
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan aksi mantap dipamerkan kesebelasan skuad Harimau Selatan ketika membenam cabaran Terengganu FC (TFC), 4-0, pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat.
Menurutnya, kesemua pemain telah beraksi sebagai satu pasukan dan ia dilihat telah membantu menghasilkan jaringan pada perlawanan berkenaan yang sekali gus menjamin bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, kelak.
Iklan
Iklan
"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan aksi dipamerkan pemain biarpun mengharungi perlawanan yang agak sukar ini.
"Bagaimanapun, pemain dilihat berjaya menyerap tekanan serta asakan-asakan tuan rumah dan kita berjaya menjaringkan gol pada setiap babak.
Iklan
"Apa pun, kemenangan ini sangat bermakna untuk kita menjelang aksi separuh akhir kedua nanti,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.
Pada aksi separuh akhir pertama berkenaan, penyerang import, Romel Morales membuka jaringan pada minit ke-17 diikuti dua gol oleh Arif Aiman Hanapi (min-79, 85) dan satu gol lagi dijaringkan Bergson da Silva pada masa kecederaan.
Iklan
Sementara itu, Bidoglio berkata, JDT berdepan kesukaran apabila berdepan TFC kali ini yang dilihat telah beraksi dengan cukup baik di sepanjang perlawanan.
Malah katanya, dengan barisan pemain terbaik, skuad Harimau Selatan itu perlu lebih berwaspada untuk berdepan TFC pada aksi separuh kedua nanti.
"TFC mempunyai ramai pemain yang bagus dan mereka juga bermain dengan baik. Oleh itu, kita perlu bersedia,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.