24 menteri Kabinet Israel sokong, 8 menentang gencatan senjata

Iklan
Keputusan gencatan senjata dimaklumkan menerusi Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selepas perjanjian berkenaan dibincang dan dibawa undi dalam mesyuarat pada Jumaat.

SHAH ALAM - Undian mesyuarat Kabinet Keselamatan Israel berhubung gencatan senjata Gaza dengan Hamas berakhir dengan keputusan 24 menteri menyokong perjanjian tersebut, manakala lapan lagi mengundi menentang.

Memetik laporan AlJazeera, perkara berkenaan dimaklumkan menerusi catatan seorang anggota Kabinet Israel di platform X.

Iklan
Iklan

Perjanjian itu ditentang keras oleh beberapa barisan tegar blok sayap kanan Kabinet negara tersebut.

Keputusan gencatan senjata dimaklumkan menerusi Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selepas perjanjian berkenaan dibincang dan dibawa undi dalam mesyuarat pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, memetik laporan portal CNN World, perbincangan berkenaan berlangsung selama tujuh jam, bermula larut malam pada Jumaat hingga awal pagi Sabtu waktu tempatan.

Meskipun Mahkamah Agung Israel masih perlu mendengar rayuan oleh warga Israel yang menentang kebebasan bagi tahanan Palestin, namun ia dijangka tidak menghalang pelaksanaan gencatan senjata tersebut.

Iklan

Tiga tebusan yang ditahan di Gaza dijangka dibebaskan pada hari pertama. Ia akan mewakili penangguhan perang pertama bagi rakyat Palestin di Gaza dalam tempoh lebih setahun dan membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke kawasan itu.