Hubungan UMNO, PH corak kerjasama baik - Wan Rosdy
Iklan
Program TownHall Rakyat, bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Fikry Ibrahim selaku Hos secara langsung di Dewan Karangkraf pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tidak ada masalah timbul dalam antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) malah hubungan antara parti dan gabungan itu mencorakkan kerjasama baik.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, soal kerjasama dalam negeri, PH mematuhi segala perkara yang diminta oleh kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
"Dalam PH ada Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP... hubungan setakat ini, alhamdulillah tiada masalah malahan mereka patuh apa yang kita minta.
"Sebagai contoh pada suatu ketika, mesyuarat Exco pada Rabu... ada kelompok 'musang king' ingin menyerahkan memorandum kepada ahli Exco daripada DAP.
Iklan
"Saya beritahu kepada ahli berkenaan yang awak sekarang ini kerajaan. Jangan pergi ambil memorandum tersebut dan mereka (ahli Exco) patuh. Mereka tak ambil, cuma hantar wakil sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Wan Rosdy tidak menolak timbul masalah kecil dengan parti berkenaan, namun ia perkara biasa dan hal sedemikian pernah dialami bersama MCA.
Iklan
Beliau menegaskan, masalah tersebut bukan satu halangan untuk membangunkan kerajaan negeri dan ia dapat dibuktikan dengan prestasi terkini.
"Ini (UMNO dan DAP) yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu dengan menggunakan fitnah kerana DAP dahulu memang musuh ketat UMNO.
"Bagaimanapun saya dapati di Pahang... mengalami dua pilihan raya kecil (PRK), saya tidak nampak isu UMDAP (UMNO-DAP) ini dimainkan sebab itu kita menang,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>