20 PATI dicekup di dua stesen kereta api di Kelantan

Iklan
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Machang dan Kuala Krai.

KOTA BHARU - Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Machang dan Kuala Krai ditahan pada Rabu.

Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, PATI berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan dalam Op Sapu dan Kutip bermula jam 6 petang Rabu hingga 4 pagi, Khamis.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas hasil risikan, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kelantan membuat pemeriksaan terhadap warga asing di Stesen KTM di pekan Kuala Krai, Kampung Batu Balai dan Pahi di Kuala Krai serta di Kampung Sungai Hala, Machang.

"Dalam operasi ini, pihak berkuasa menahan tiga lelaki dan dua perempuan warga Thailand, seorang lelaki warga Bangladesh juga 12 lelaki serta dua perempuan warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut

Menurut beliau, mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Terdapat juga mereka yang tinggal melebihi tempoh di negara ini dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (c) akta sama.

Iklan

"Kesemua warga asing dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” katanya.