Muhammad Iskandar didakwa bunuh peneroka Felda

Iklan
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Pengerang di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang peneroka warga emas di Felda Lok Heng Selatan dekat sini bulan lalu.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Pengerang di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh seorang peneroka warga emas di Felda Lok Heng Selatan dekat sini bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Iskandar Sentot, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohd Ariff Md Yusoff, 68 tahun, di depan rumah di Jalan Bersatu, Felda Lok Heng Selatan, Pengerang di sini, jam 7.20 petang pada 26 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Iklan

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Pengerang atas pertuduhan membunuh seorang peneroka di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Iklan

Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia, patalogi, DNA, rekod mental dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nursyafiq Abd Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu media melaporkan suspek mengamuk dan menetak mati mangsa dipercayai dengan kapak di Felda tersebut sebelum diberkas sehari selepas itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, suspek berjaya ditahan di kawasan kebun kelapa sawit di sini pada pukul 10.26 pagi.

"Polis turut merampas sebuah motosikal dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

"Semakan lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa ditemukan berlumuran darah dengan kesan luka pada bahagian kepala dan kedua-dua belah tangan.