JAKARTA - Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada Rabu malam, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat bandar raya itu pada Khamis, lapor Xinhua.
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut, kata Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta, Satriadi Gunawan.