Dua beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

Iklan
Petugas DBKL giat melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang di Jalan Pudu yang berlaku kira-kira 10 pagi Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi Khamis.

Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu, diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.

Iklan
Iklan

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi, sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dengan kekuatan 15 anggota dikerah ke lokasi.

Kejadian pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa. Foto Bernama

Iklan

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kejadian pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.

"Kejadian menyebabkan dua mangsa berkenaan mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Petugas DBKL memotong pokok tumbang di Jalan Pudu yang berlaku kira-kira 10 pagi Khamis. Foto Bernama

Md Izzat berkata, pasukan bomba, dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan. - Bernama