PEMILIK Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm, Tan Swee Kong menyusun limau tambun atau turut dikenali sebagai limau bali yang dijual di premisnya ketika ditemui BERNAMA baru-baru ini.
Setiap kali tiba musim perayaan Tahun Baharu Cina, limau adalah antara yang wajib ada sebagai hidangan atau buah tangan bagi menyerikan sambutan itu.
Masyarakat Tionghua percaya buah limau membawa rahmat atau tuah sepanjang tahun buat mereka, apatah lagi jika diterima sebagai hadiah.
Menurut Tan saiz buah juga penting, iaitu lebih besar buah limau tersebut maka lebih besar tuah yang akan diperoleh si penerima.