'TMJ individu paling berwawasan pernah saya temui' - Friend

Iklan
Friend terpikat dengan visi Tunku Mahkota Ismail dalam revolusi Harimau Malaya. Foto FAM

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Robert Douglas Friend menyifatkan peojek revolusi Harimau Malaya sebagai peluang yang unik untuk beliau membangunkan bola sepak Malaysia.

Menurut Friend, beliau tertarik untuk berada dalam perjalanan baharu Harimau Malaya itu selepas bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang turut menjelaskan mengenai projek revolusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Apa yang membuatkan saya teruja adalah visi FAM dan visi Tunku Mahkota Ismail. Oleh sebab itulah, saya berada di sini. Baginda merupakan individu yang paling berwawasan yang pernah saya temui.

"Ketika saya bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail, baginda menjelaskan tentang projek revolusi skuad Harimau Malaya. Pada pendapat saya, ini merupakan projek paling mengujakan dalam industri bola sepak global.

Iklan

"Saya turut melihat bahawa ini merupakan peluang yang unik untuk membangunkan bola sepak di Malaysia,” katanya.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) memainkan peranan penting dan merupakan tulang belakang dalam mengerakkan revolusi Harimau Malaya.

Iklan

Sebelum ini, FAM turut melantik pengendali baharu Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski dari Australia dan bekas pengendali Kedah, Nafuzi Zain untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun negara sebagai sebahagian proses revolusi itu.

Selain itu pakar dari Australian, Dr Craig Duncan turut dilantik sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.