Tak perlu melenting, masa fokus Piala Asia, Piala Dunia

Iklan
Wilkin (kiri) antara pemain warisan yang dimiliki Harimau Malaya. GAMBAR KECIL: JAMAL NASIR

PEMINAT bola sepak negara seharusnya bersikap lebih terbuka dan melihat ke hadapan dengan kehadiran sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan yang akan menyarung jersi Harimau Malaya.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, isu peluang pemain tempatan untuk berada dalam skuad negara tidak perlu dijadikan perdebatan lagi oleh peminat Harimau Malaya di sebalik kehadiran ramai pemain warisan.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, Jamal Nasir mengharapkan tumpuan dan sokongan peminat ditumpukan kepada misi utama Harimau Malaya untuk melangkah jauh dalam fasa revolusi ini terutama untuk ke Piala Asia atau Piala Dunia yang perlu menjadi keutamaan.

Isu pemain warisan itu terus menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak negara mengenai peluang pemain tempatan untuk menembusi pasukan negara selain ada yang menggelarkan pasukan negara sebagai Harimau Kacukan.

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Ahad.

"Kalau pemain tempatan komited dan mahu bersaing, mereka kena lawan pemain warisan. Jadi seperti Arif Aiman Hanapi (pemain Johor Darul Ta'zim) dan beberapa pemain lain lagi yang membuktikan mereka boleh bersaing dengan pemain luar.

"Misi utama kita nak tuju ke Piala Asia dan Piala Dunia sebab itu kita kena bertindak di luar kotak. Jika tidak, prestasi pasukan negara akan berterusan di takuk lama sahaja," katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan telah dikenal pasti sekali gus bakal menyaksikan skuad Harimau Malaya berwajah baharu dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara.

Tunku Mahkota Ismail yang juga penggerak utama revolusi Harimau Malaya yang sedang rancak berlaku ketika ini turut menjelaskan pemain warisan tersebut kebanyakannya dari Eropah Selatan dan turut akan mengisi posisi penting Harimau Malaya seperti di bahagian serangan dan pertahanan.

Pencarian pemain warisan itu sebahagian persiapan untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac depan dengan Malaysia berada dalam Kumpulan F diundi bersama juara Piala ASEAN Vietnam, Nepal dan Laos.

Setakat ini, skuad negara turut mempunyai beberapa pemain warisan seperti Dion Cools, Stuart Wilkin, Matthew Davies dan beberapa tonggak naturalisasi seperti Paulo Josue serta Romel Morales.

Selain bakal diperkuatkan dengan ramai pemain warisan baharu, skuad Harimau Malaya turut mendapat tonik semangat apabila dana RM15 Juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 telah digandakan kepada RM30 juta, dengan RM15 juta dibiayai pihak swasta.