KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan jangka panjang dijangka dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga susulan lawatan kerja beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau kini berada di negara itu bagi lawatan kerja tiga hari sejak Ahad lepas.