Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Iklan
Abang Johari menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Isnin. Foto Bernama
KUCHING - Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari berkata, dalam pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
Iklan
Iklan
"Kita mengutamakan karbon rendah dalam proses penghasilan tekstil daripada gas cecair yang digunakan oleh angkasawan.
"Pada masa ini, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo untuk menghasilkan bahan karbon rendah yang berasaskan bahan kimia bagi mewujudkan tekstil berkenaan. Mungkin suatu hari nanti akan ada pakaian angkasawan ‘made in Sarawak’," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di sini malam Isnin.
Dalam sesi itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak 'Norway of the East' dengan memiliki ekonomi stabil dan berkemampuan menguruskan sumber dengan cekap.
Iklan
Beliau berkata, Norway mempunyai kekuatan serupa dengan Sarawak iaitu dari segi minyak dan gas, selain itu negara Scandinavian berkenaan unggul dalam sumber tenaga bersih serta berteknologi tinggi.
"Jika ada masalah ekonomi di Eropah, Norway tidak akan terjejas kerana mereka sudah dapat menguruskan sumber. Sebab itu saya rancang Sarawak jadi 'Norway of the East'," katanya.
Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata, Sarawak perlu bergerak pantas dan bekerja keras bagi memastikan negeri itu mencapai tahap tertinggi.
"Kita perlu berusaha mencapai matlamat itu dan bekerja keras. Oleh itu, saya cari jalan untuk meneruskan usaha dalam semua bidang (seperti pendidikan dan kejuruteraan)," katanya. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.