Empat jam pindah gajah liar di Kuala Balah

Iklan
Proses pemindahan gajah jantan seberat 3.5 matrik tan oleh kakitangan Perhilitan Kelantan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, hari ini. Gambar kecil: Adnan Ismail

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengambil masa kira-kira empat jam untuk memindahkan seekor gajah jantan di Kampung Bukit Selar, Kuala Balah di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Perhilitan negeri, Adnan Ismail berkata, operasi pemindahan yang melibatkan seramai 25 anggota dari jabatan itu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Gajah seberat 3.5 matrik tan ini berjaya ditangkap jam 9.15 pagi Khamis lalu selepas terima aduan 7 pagi tanaman penduduk kampung dirosakkannya.

"Gajah jantan dengan saiz tapak kaki 17.3 inci itu akan dipindahkan ke Taman Santuari Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu,” katanya ketika ditemui di lokasi pemindahan di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua ekor gajah denak dikenali sebagai Rambai dan Abot digunakan untuk membantu proses pemindahan berkenaan.