BANGKOK - Seorang lelaki Thailand yang didakwa membunuh bekas ahli Parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok mendakwa dia melakukan jenayah itu sebagai cara untuk membalas budi kepada seseorang yang pernah membantunya ketika menghadapi masa sukar dalam hidupnya, kata polis kepada AFP pada Ahad.
Ekkalak Paenoi mengaku melakukan jenayah tersebut baru-baru ini dalam satu video siaran langsung selepas didakwa atas pembunuhan terancang dan memiliki senjata api tanpa kebenaran.