Kebakaran terbaharu Kupang: Polis siasat jika ada unsur khianat

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian kebakaran terbaharu berlaku pada Ahad di Kampung Charuk Kapas, Kupang, Baling.

BALING - Polis masih menjalankan siasatan terperinci sama ada kejadian kebakaran terbaharu di Kupang pada Ahad, mempunyai kaitan angkara khianat ataupun tidak.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, siasatan mengenainya masih dijalankan ketika ini dan pihak polis masih belum dapat memberikan kenyataan lanjut mengenai perkara itu.

Iklan
Iklan

"Kita tak tahu lagi (ada unsur khianat), masih siasat," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Ahad, sebuah rumah di Kampung Charuk Kapas, Kupang terbakar pada jam kira-kira 9.15 malam.

Iklan

Kejadian itu menimbulkan keresahan penduduk setelah sembilan kebakaran dilaporkan berlaku bermula 24 Disember 2024 hingga 2 Januari lalu di Kupang, disyaki mempunyai unsur khianat.

Azmi dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata, kebanyakan kes kebakaran dikesan bermula dari motosikal sebelum merebak ke rumah dan kereta mangsa.

Iklan

Dalam masa sama, jelasnya, kertas siasatan membabitkan khianat akibat kebakaran telah dibuka dan polis masih memburu suspek yang disyaki dalang dalam kejadian terbabit.

Jelasnya, seramai lapan suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun telah ditahan namun tiada pengakuan diterima daripada mereka.