Selangor tumpu sektor berasaskan teknologi

Iklan

SHAH ALAM - Selangor terus menjadi negeri contoh mengembangkan inisiatif teknologi dan inovasi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara langkah strategik dilakukan adalah melalui Program kecerdasan buatan (AI) Trailblazers.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Selangor bekerjasama dengan Google untuk membangunkan aplikasi AI selain penubuhan Selangor AI Incubator Centre yang menyediakan latihan dan pendidikan AI berkualiti tinggi.

"Selangor juga memacu pertumbuhan dalam industri cip dengan pembangunan Semiconductor IC Design Parks di Puchong dan Cyberjaya.

Iklan

"Selain itu, turut meneroka potensi tenaga boleh diperbaharui melalui Payung Solar Farm dan projek projek sisa jadi tenaga (WTE)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Amirudin berkata, Selangor akan terus mengikut gelombang ekonomi yang mendatang dengan memberi impak terhadap ekonomi Malaysia dan dunia menerusi teknologi dan inovasi.

Iklan