ANTANANARIVO - Tiga orang maut dan hampir 1,000 mangsa cuaca buruk di wilayah Sava Madagascar berikutan Siklon Tropika Dikeledi, lapor Xinhua, memetik laporan daripada Pejabat Kebangsaan bagi Pengurusan Risiko dan Bencana yang dikeluarkan pada Ahad.
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam (km/j) dengan tiupan kencang sehingga 180 km/j.