PUTRAJAYA - Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U bagi memastikan capaian maklumat data yang tepat.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan setakat ini terdapat 14 pelajar Malaysia yang menuntut di University of California, Los Angeles (UCLA) dan berhampiran dengan lokasi kebakaran hutan yang sedang berlaku.