KUALA LUMPUR - Sejak ditubuhkan 39 tahun lepas bermula pada 12 Januari 1986, GiatMara telah berjaya memainkan peranan aktif dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berjaya di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan 232 cawangan di seluruh Malaysia, GiatMara terus komited dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang selaras dengan keperluan industri masa kini.