Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.2 bilion pada akhir 2024
Iklan
Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada AS$116.2 bilion (AS$1=RM4.48) pada 31 Disember 2024 daripada AS$113.5 bilion pada 29 Disember 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024.
Iklan
Iklan
Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Katanya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Iklan
Komponen utama rizab tersebut merangkumi rizab mata wang asing (AS$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM621.56 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) dan aset lain (RM57.69 bilion).
Iklan
Menurut bank pusat, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM621.56 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.08 bilion). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>