UMNO tidak teruskan himpunan solidariti Najib
Iklan
Asyraf Wajdi. Foto Bernama
SHAH ALAM - UMNO tidak akan meneruskan perhimpunan solidariti buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin depan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan, pihaknya menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada bekas Presiden parti itu.
Iklan
Iklan
"UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh ahli yang telah menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.
"UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa juga peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini media melaporkan, penganjuran Himpunan Solidariti yang akan diadakan di Istana Kehakiman Putrajaya oleh ahli UMNO sebagai tanda sokongan dan setia kawan terhadap Najib kerana jasa besar beliau selama ini.
Susulan itu, Istana Negara menerusi kenyataan mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengampunan kepada mana-mana banduan.
Iklan
Menurutnya, kuasa Seri Paduka Baginda untuk memberi ampun, tunda dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termaktub di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu Asyraf Wajdi menjelaskan, UMNO menjunjung hormat titah Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif baginda.
Beliau menegaskan sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan serta penghormatan tertinggi terhadap Seri Paduka Baginda.
"UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Datuk Seri Najib yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>