Guan Eng, jangan masuk campur hal ehwal UMNO - UMNO Terengganu
Iklan
Rozi Mamat
KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu mengingatkan Lim Guan Eng supaya tidak campur tangan urusan dalaman UMNO kerana parti berkenaan merupakan sebuah parti yang berdaulat dengan prinsip dan perjuangan tersendiri.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat menegaskan bahawa tuduhan tidak berasas yang dibuat Guan Eng terhadap UMNO berikutan berganding bahu bersama Pas dalam perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak wajar serta melanggar semangat saling menghormati dalam Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sebarang kenyataan yang cuba mencampuri hal ehwal UMNO hanya akan mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keharmonian Kerajaan Perpaduan.
"Ini adalah amaran keras kepada Lim Guan Eng supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas dan menjaga urusan parti sendiri.
Iklan
"Saya ingin menegaskan bahawa rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan mesti menghormati prinsip perjuangan UMNO.
"Kita telah bersepakat untuk bekerjasama demi kestabilan politik dan keharmonian rakyat. Oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan sesama parti mesti dielakkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini, Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.
Jelas Guan Eng, parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu mesti sedar bahawa sebarang program bersama pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengulas lanjut, Rozi juga bersetuju dengan kenyataan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak ada mana-mana pihak yang sepatutnya merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kalangan Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, kerjasama itu adalah tanggungjawab bersama selain semua pihak perlu memelihara perpaduan ini demi kebaikan negara dan rakyat.
Dalam pada itu, Rozi berkata, perhimpunan solidariti tersebut merupakan satu bentuk sokongan terhadap Najib yang merupakan bekas presiden parti UMNO kerana jasa besar beliau selama ini.
"Datuk Seri Najib pernah berkhidmat sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai ahli parti, kami akan terus mempertahankan keadilan untuk beliau tanpa mengira apa jua tohmahan daripada pihak luar.
"Ini adalah soal prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada pemimpin yang pernah berjasa kepada negara dan parti," jelasnya.
Justeru, Rozi turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan solidariti kepada Najib termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik lain serta individu-individu yang memahami pentingnya keadilan ditegakkan.
"Solidariti ini lahir menerusi kesedaran dan penghargaan terhadap jasa pemimpin negara yang telah banyak berbakti kepada rakyat.
"Sokongan ini bukanlah perhimpunan yang mencetuskan ketegangan seperti yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lebih kepada usaha untuk menyatakan penghargaan dan menuntut keadilan.
"Ia adalah menjadi hak setiap pihak untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib. Tuduhan melulu sebegini hanya mencerminkan kejahilan dan niat buruk untuk mencetuskan provokasi," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.