JAKARTA - Seorang wanita berusia 63 tahun maut di rumahnya di Pulau Sumatera, Indonesia, pada Isnin selepas diserang sekumpulan gajah liar, menurut laporan media tempatan yang dipetik oleh agensi berita Jerman (dpa).
Kejadian berlaku sebelum subuh di wilayah Lampung berhampiran Taman Negara Bukit Barisan Selatan, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversitinya, menurut laporan agensi berita negara, Antara.