BAKU - Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA), mencerminkan pendekatan objektif dan berprinsip Azerbaijan.
Agensi Berita Negara Azerbaijan (AZERTAC) melaporkan Kementerian Pembangunan Digital dan Pengangkutan menyatakan bahawa pakar Azerbaijan akan menyelia dan mengambil bahagian secara aktif dalam proses penghantaran dan merungkai kod di CENIPA.