KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat menjual produk berasaskan durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan pecah amanah wang syarikatnya berjumlah RM195,401, dua tahun lepas.
Datuk John Lee Siew Neng, 59, didakwa sebagai pengarah syarikat Musang Durian Frozen Food (M) Sdn Bhd yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan syarikat, telah mengeluarkan wang syarikat itu berjumlah RM195,401 di premis berkenaan di Taman Perindustrian Kip, Sentul di sini antara 24 Februari hingga 25 Ogos 2022.