KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam hantaran Facebook pada Isnin berkata, keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.